15 August 2013

ATM dan Piala Malaysia 'Sedang Merakam Legasi'

Musim 2012, musim gemilang Tentera dan boleh dikatakan sebagai musim kemuncak prestasi pasukan yang naik taraf ini mulai musim 2010. Selepas layak ke Liga Super, Tentera semakin garang memberi saingan dalam setiap kancah pertandingan. Tahun lalu, Tentera dinafikan Kelantan dalam pertarungan akhir Piala Malaysia dengan mempersembahkan aksi yang cukup membanggakan, tewas 2-3 bukanlah sesuatu yang teruk bagi penyokong-penyokong tetapi itu adalah pengalaman menarik yang bakal dicatat sebagai sejarah bolasepak ATM.

 Namun begitu, segalanya dilihat agak baik biarpun Tentera agak menurun persembahan mereka di penghujung Liga Super 2013 lalu. Agak membimbangkan jika perkara berlaku dibimbangi menjejaskan prestasi ketika beraksi dalam saingan ulung Piala Malaysia nanti. Musim 2013, B Santhianathan perlu memperbaiki atau sekurang-kurangnya memastikan prestasi pasukan setara dengan musim lalu.

Berdasarkan rekod, ATM masih belum pernah menjadi Juara Piala Malaysia, tetapi pernah menyandang Naib Juara sebanyak 3 kali iaitu pada Tahun 1949, 1966 dan 2012.

Berikut adalah jadual perlawanan ATM dalam Piala Malaysia 2013:




20 Ogos 2013 (Selasa)
ATM lwn KL Sime Darby
Stadium MP Selayang. Jam 8.45 malam

24 Ogos 2013 (Sabtu)
Selangor lwn ATM
Stadium Shah Alam.
Jam 8.45 malam
27 Ogos 2013 (Selasa)
Johor lwn ATM
Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Jam 8.45 malam

31 Ogos (Sabtu)
ATM lwn Johor Stadium MP Selayang.
Jam 8.45 malam

7 September (Selasa)
ATM mlwn Selangor
Stadium MP Selayang.
Jam 8.45 malam

21 September (Sabtu)
KL Sime Darby lwn ATM
Stadium MP Selayang.
Jam 8.45 malam

No comments:

Post a Comment