ATM kini dilihat belum selamat biarpun menguasai carta liga ketika ini. Pahang yang mengekori rapat hanya menghitung masa untuk bertakhta di carta liga. Sudah semestinya ATM tidak dengan mudah menyerahkan takhta ini sebelum buku bertemu ruas nanti.
Untuk perlawanan seterusnya, ATM bakal bertemu Johor MBJB FC di Stadium MBPJ Kelana Jaya 4 Mei 12 nanti. Minggu ini perlawanan agak menarik bagi 3 pasukan teratas Liga. ATM bertemu Johor MBJB yang menghuni tangga tercorot, Pahang bertemu Harimau Muda B yang menghuni tangga kedua dari bawah liga manakala Sime darby menentang pasukan pasukan ketiga dari bawah liga iaitu Perlis. Pasukan 3 teratas akan bertemu pasukan 3 terbawah liga.
Keputusan ketiga-tiga perlawanan ini bakal mengubah kedudukan top 3 sekiranya keputusan tidak seperti yang diramalkan (menang). Biarpun Sime Darby berbeza 2 mata dengan dua pasukan teratas, sekiranya Pahang atau ATM tewas dan Sime Darby berjaya memperoleh mata penuh, kedudukan bakal berubah. Bagi Sime Darby, kekalahan tidak menjejaskan kedudukan mereka ketika ini kerana dibezakan dengan 7 mata dengan Johor di tangga ke 4.
Bagi pasukan bottom 3, kemenangan hanya akan merapatkan mereka dengan zon selamat kecuali Johor MBJB yang hanya mengutip 5 mata berbanding Perlis dan Harimau Muda B dengan berkongsi 9 mata.
No comments:
Post a Comment