14 February 2012

ATM VS JOHOR (Keputusan) | Liga Premier 2012

Keputusan semalam sudah diduga. Hai-O sememangnya sudah nekad meraih hatrik kedua selepas berjaya melakukannya di Kangar minggu lalu.

Kemenangan 4-1 ke atas Johor mengekalkan ATM dipersada liga dengan Hairuddin Omar menjaring 3 gol dan Bruno 1 gol.

Biar pun Johor berjaya mengikat kedudukan pada suatu ketika, namun itu bukanlah masalah buat ATM yang dilihat semakin bernafsu memburu gol.

Tahniah dan teruskan perjuangan!

08 February 2012

ATM VS PAHANG (Keputusan) | "Tok Gajah Tumpas"

Kemenangan atas kegigihan. ATM dan Pahang mempamerkan aksi yang menakjubkan dalam perlawanan yang disifatkan sebagai 'buku bertemu ruas' 3 februari lalu. ATM dipaksa mengerah sepenuh tenaga sebelum berjaya menundukkan anak-anak buah Dollah Salleh ini yang agak 'liat' untuk ditundukkan.

'Gajah terluka' ini dilihat begitu bernafsu sejak diturunkan ke Liga Premier 2012 dengan mengalami kekalahan pertama mereka musim ini di tangan ATM. Kelibat Marlon Alex James sekali lagi menjadi igauan ngeri buat pertahanan Pahang dan tiba-tiba muncul wira baru yang sedang meningkat naik Christie JayaSeelan yang meledakkan gol kemenangan ATM.

02 February 2012

ATM VS PAHANG (Preview) | "BUKU BERTEMU RUAS"

03 Feb 2012, ATM bakal menanti kunjungan skuad Tok Gajah di Stadium MBPJ Petaling Jaya.

Ibarat 'Amukan Tok Gajah Yang Terluka' itulah perumpamaan yang rasanya sesuai untuk pasukan Pahang yang seolah-olah bangkit setelah tersingkir dari saingan Liga Super musim ini.

Pahang merupakan antara dua pasukan yang belum tewas setakat ini selain PDRM yang menghuni tangga teratas selepas 5 perlawanan dan Pahang ditangga kedua kurang satu perlawanan.

Rekod pertemuan ATM dan Pahang sebelum ini iaitu pada 3 Jul 2008 dan 2 Ogos 2008 yang mana ketika itu mereka diundi dalam satu kumpulan Piala Malaysia, ATM kalah dalam kedua-dua perlawanan dengan 2-1. Itu rekod 3 tahun lalu, tetapi kini kedua-dua dianggap pesaing utama merebut takhta Liga Premier 2012 yang dijangka sengit disamping Sime Darby dan PDRM.