07 June 2011

Isu Rasuah/Mengatur Perlawanan | Liga Malaysia

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pepatah yang lazimnya untuk orang yang memang licik dan ligat dalam menipu, mencuri dan kesalahan-kesalahan lain.

Inilah 'penyakit' yang dimaksudkan. Rasuah. Terbaru, Jurulatih Skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan dan menyogok pemainnya sendiri.

Tahniah kepada yang melaporkan perkara ini, juga tahniah kepada SPRM. Sememangnya wajar dan patut demi memelihara maruah bolasepak kita. Diharap, kepada pasukan-pasukan lain tidak kira apa status, liga super, premier atau apa saja jangan sesekali terlibat dengan perkara ini. Jika pernah terlibat, tinggalkan.


Segalanya bermula dengan sikap. Sikap tamak dan kebendaan menjadi faktor mengapa ada yang terlibat. Iman perlu kuat untuk mengukuhkan jati diri dalam menjamin maruah kita semua. Jangan pentingkan diri sendiri.

Dalam kes skuad piala presiden bolasepak N.Sembilan, jurulatih berkenaan patut dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Ini kerana, dia telah merosakkan akidah anak-anak muda yang merupakan bakal pewaris bolasepak malaysia. Sudah berapa ramai pemain yang dirosakkannya? Memang besar kesalahan yang dilakukan.

Untuk tim ATM, JIKA ADA pemain atau sesiapa yang pernah terlibat, AWAS. Tinggalkan. Jangan sesekali terlibat. Jangan tipu penyokong. Penulis tidak berani untuk menulis lebih-lebih sebab tiada bukti sahih. Jika ada maklumat sahih penulis akan kongsikan di sini.

Rasuah. Haram! jauhkan! Sayangi Bolasepak Malaysia!

No comments:

Post a Comment