10 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview Sime Darby Vs ATM | 11 Apr 2011

Std MBPJ, Petaling Jaya
Jam 2045
Isnin, 11 Apr 11

Setelah terbang jauh ke Malaysia Timur dan pulang dengan satu mata tempohari, Tentera bakal berkunjung ke stadium jiran terdekat di kawasan jajahan MBPJ apabila dijadualkan bertemu Sime Darby.

Berikut adalah rekod 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan:


SIME DARBY:

1. Sime Darby vs Pos Malaysia (0 - 0)Seri
2. Sarawak vs Sime Darby (0 - 2)Menang
3. Sime Darby vs SDM Navy (2 - 0)Menang
4. MP Muar vs Sime Darby (0 - 1)Menang
5. Sime Darby vs PDRM (0 - 0)Seri

ATM FA:

1. ATM vs Johor FA (2 - 1)Menang
2. PKNS vs ATM (0 - 0)Seri
3. Penang vs ATM (1 - 2)Menang
4. ATM vs Harimau Muda B(1 - 0)Menang
5. Sarawak vs ATM (1 - 1)Seri

Memang agak menarik jika diteliti rekod 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan yang mana kedua-dua mencatatkan rekod yang sama iaitu, 3 X Menang dan 2 X Seri.

Rekod Sime Darby di laman sendiri pula, menang sekali, seri dua kali dan kalah sekali setakat ini. Ternyata mereka kurang konsisten biarpun di laman sendiri.

Pun begitu, sudah semestinya Jurulatih ATM tidak memandang mudah lawannya ini kerana mereka cemerlang dengan tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir. ATM pasti akan ke tempat lawan dengan ramuan lebih jitu untuk menjinakkan Sime Darby di gelanggangnya sendiri.

"TIADA KESENANGAN HADIR TANPA KESUKARAN, TIADA KEJAYAAN MENJELMA JIKA TIADA KEPERITAN, BERPANTANG UNDUR TETAP MARA!!"

No comments:

Post a Comment