06 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview Sarawak Vs ATM | 8 Apr 2011

Stadium Negeri, Kuching
8 Apr 11
Jam 1645

Pertembungan ini boleh diibaratkan sebagai pertarungan untuk merebut kedudukan kedua liga. Lebih malang jika tewas, mana-mana pasukan antara Sarawak atau ATM akan tersungkur di tempat ke 4.

Berikut adalah perbandingan prestasi terkini kedua-dua pasukan:


Sarawak:

Di Laman Sendiri

- Sarawak 3 - Harimau Muda B 3 (Seri)
- Sarawak 0 - Sime Darby 2 (Kalah)
- Sarawak 3 - SDN Navy 0 (Menang)

ATM:

Di Tempat Lawan

- PDRM 1 - ATM 1 (Seri)
- SDM Navy 0 - ATM 0 (Seri)
- PKNS 0 - ATM 0 (Seri)
- P.Pinang 1 - ATM 2 (Menang)

Daripada rekod ini, Sarawak dilihat agak berkelebihan di laman sendiri, pun begitu, ATM juga dilihat cuba bangkit dalam pertembungan terakhir di tempat lawan iaitu dengan menewaskan P.Pinang tempohari.

Dalam perlawanan terakhir mereka sebelum ini, kedua-dua pasukan masing-masing mencatatkan kemenangan. Jadi, sudah semestinya perlawanan ini akan menjadi perhatian boleh diibaratkan sebagai 'buku bertemu ruas'.

Mampukah Sarawak leburkan rekod tanpa Kalah ATM? Atau Sanggupkah ATM membiarkan perkara itu berlaku? Semuanya bergantung kepada Wira-Wira ATM untuk menentukannya.

Ayuh Penyokong ATM kawasan Kuching, meriahkah Stadium Negeri untuk membantu pasukan ATM menumbangkan lawannya.

"We Will Fight, Regardless Weather and Terrain!"

No comments:

Post a Comment