23 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan ATM Vs PDRM | 22 Apr 2011

ATM 0 - 1 PDRM

ATM tersungkur lagi. Kini PDRM pula menjadi duri dalam daging merencatkan impian ATM meraih kemenangan.

Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dan lebih malang dua kali tewas di gelanggang sendiri.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada pasukan Tentera ini? Kegagalan bangkit di gelanggang sendiri sememangnya amat mengecewakan semua pihak terutama para penyokong setia.

Lebih mengecewakan dua perlawanan menentang Sime Darby dan PDRM, ATM dihadiahkan dua kad merah. Terbaru ketika menentang PDRM yang menyaksikan dua kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan.

22 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview ATM Vs PDRM | 22 Apr 2011 | Jam 2045

Tentera perlu lebih agresif ketika menentang Polis di Selayang nanti dalam memastikan mereka mendaki kembali tangga liga yang kini menyaksikan mereka terkandas di tangga Kelima liga.

Pun begitu, Polis sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mereka sama-sama bersaing memburu kejuaraan. Mereka kini dalam keadaan yang kurang selesa di tangga keempat satu anak tangga mengatasi Tentera hasil daripada 6 kemenangan berbanding Tentera 5 kemenangan.

Berikut adalah rekod pertemuan ATM V PDRM:

-11.02.2011 PDRM FA   1-1    ATM FA
-16.07.2010 ATM FA      3-2   PDRM FA
-15.03.2010 PDRM FA   0-3   ATM FA
-18.05.2007 ATM FA     1-3   PDRM FA
-19.01.2007 PDRM FA   2-1   ATM FA

Berpandukan rekod di atas, Bermula pada 2010 lalu, kesemua pertemuan dimenangi ATM di kedua-dua venue. Manakala pada pusingan pertama 2011 lalu, hanya sekadar seri 1-1.

Seharusnya ATM perlu memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri untuk mencipta kemenangan ke 6 mereka dalam saingan Liga Premier 2011 ini.

Teruskan perjuangan!

"YOU WILL WHEN YOU BELIEVE"

21 April 2011

JADUAL LIGA PREMIER 2011 PASUKAN ATM FA PUSINGAN KEDUA

TARIKH
PERLAWANAN
MASA
STADIUM
18.04.2011 Isnin
ATM
mln
KL SIME DARBY FC
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






22.04.2011 Jumaat
ATM
mln
PDRM
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






25.04.2011 Isnin
JOHOR MP MUAR FC
mln
ATM
4.45 ptg
Stdm JCorp, Pasir Gudang






29.04.2011 Jumaat
JOHOR
mln
ATM
8.45 ptg
Stdm JCorp, Pasir Gudang






2.05.2011 Isnin
ATM
mln
PULAU PINANG SDM NAVY
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






6.05.2011 Jumaat
ATM
mln
SELANGOR PKNS FC
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






9.05.2011 Isnin
PULAU PINANG USM FC
mln
ATM
8.45 mlm
Stdm Olahraga USM, Pulau Pinang






20.05.2011 Jumaat
ATM
mln
PULAU PINANG
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






24.05.2011 Selasa
HARIMAU MUDA 'B'
mln
ATM
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






4.07.2011 Isnin
KL POS MALAYSIA FC
mln
ATM
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang






29.07.2011 Jumaat
ATM
mln
SARAWAK
4.45 ptg
Stdm Majlis Perbandaran Selayang




*MASA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN FAM

18 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan ATM Vs Sime Darby | 18 Apr 2011

ATM 0 V 3 Sime Darby

Ternyata, ATM gagal menyaingi kehebatan Sime Darby yang dilihat lebih agresif dalam memburu kejuaraan musim ini.

Mereka mendahului pada minit ke 37 dikala perhitungan diakhiri tanpa jaringan di babak pertama. Malang terus meyelubungi tim ATM apabila salah seorang pemain dilayangkan ka merah di penghujung babak pertama.

Sime Darby terus mengukuhkan kedudukan dengan menambah jaringan di minit ke 48. Tambah menderita apabila mereka menambah lagi satu jaringan di minit ke 84 untuk selesa 3-0.

ATM perlu melakukan sesuatu apabila dilihat makin menjunam prestasinya sejak dua menjak ini. Pengendali ATM perlu mengkaji punca penurunan prestasi dan memperbaikinya segera.

Maka kini kedudukan liga berubah dengan Sime Darby memanjat dua anak tangga untuk berada di tangga kedua liga di belakang PKNS yang kenduri gol dengan membelasah Pos Malaysia 7-0. Manakala Sarawak kalah kepada Johor 2-0.

Liga Perdana 2011 | Preview ATM Vs Sime Darby | 18 Apr 2011 | Jam 2045

Tempat : Stadium MPS
Masa: 2045H

Jika tempohari kita dikecewakan lawan di laman nya 0-1. Tetapi, kini ATM boleh membuat perhitungan ibarat antara hidup atau mati di Stadium MPS.

Kegagalan dalam perlawanan sebelumnya menentang KL Pos Malaysia minggu lalu,mungkin membakar semangat ATM memburu tiga mata seterusnya dalam misi membuat slot dua teratas carta Liga Premier 2011.

Selamat datang ke laman ATM untuk pemain dan penyokong Sime darby. Jangan terkejut seperti minggu lalu dengan ke'agresifan' penyokong ATM ang tidak kenal penat menyokong bermula dari wisel permulaan hingga tamat perlawanan.

Memang gila! Tapi itu kegilaan penyokong ATM yang tidak terdapat pada mana-mana tim bolasepak di Malaysia.

Ayuh!! Ramaikan Stadium MPS Selayang! Kita gegarkan Stadium dengan sorakan!

GEMPUR WIRA BERGELORA, SEMANGAT UNTUK PERWIRA!!!!

17 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan ATM Vs KL Pos Malaysia | 15 Apr 2011 | Jam 2045

ATM 1 - 1 KL Pos Malaysia

ATM gagal memanfaat laman sendiri untuk meraih kemenangan apabila hanya berjaya diikat Pos Malaysia 1-1.

Biarpun dilihat mereka mampu mengatasi lawan, namun segalanya dilihat sukar. Jika sebelumnya mereka dilihat bakal bangkit dari kekalahan pertama kepada Sima Darby tempohari, namun sebaliknya telah berlaku.

Biarpun berjaya mendahului di minit ke 29. Namun kelekaan pertahanan disaat-saat akhir perlawanan membolehkan Pos Malaysia mencuri satu mata dengan jaringan di minit ke 89.

15 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview ATM Vs KL Pos Malaysia | 15 Apr 2011 | Jam 2045

Saingan Liga Premier 2011 diteruskan lagi dengan ATM diramal berdepan lawan yang dianggap tidaklah terlalu sukar iaitu Pos Malaysia.

ATM yang dikejutkan Sime Darby tempohari dijangka bangkit dalam perlawanan ini. Penyokng mengharapkan sesuatu yang berbeza setelah segalanya tidak menjadi dalam aksi sebelum ini.

ATM perlu bangkit seperti yang dilakukan oleh Perak baru-baru ini yang bangkit mengganas membaham Kelantan 4-0 di Ipoh.

Dalam memastikan ATM kekal bersaing untuk merebut slot 2 teratas liga dan seterusnya dinaikkan ke Liga Super 2012, mereka perlu lebih konsisten dengan menumbangkan siapa saja lawan mereka.

"Failure is the best moral as a turning point to gain another success"


" Once You Failed, a thousands Win still Waiting For You" 

12 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan Sime Darby Vs ATM | 11 Apr 2011

Sime Darby 1 - 0 ATM

Akhirnya, terlebur rekod tanpa kalah ditangan Sime Darby semalam di Stadium MBPJ. Biarpun mendapat sokongan padu hampir ribuan penyokong ATM sekitar Lembah Kelang, namun itu tidak dapat mengubah keputusan perlawanan.

Gol Sime Darby hadir pada minit ke 51 menerusi percubaan cantik Mohd Faiz Isa yang merembat cantik menewaskan penjaga gol ATM.

Biarpun ATM bermula garang dan hampir menguasai keseluruhan perlawanan, namun segalanya seperti tidak menjadi. Buktinya, banyak hantaran yang tersasar dan peluang tidak disudahkan dengan baik.

Biar apa pun, ATM harus mengambil ini sebagai titik tolak kebangkitan untuk perlawanan seterusnya. Terima kasih kepada Pos Malaysia FC yang berjaya mengikat pendahulu liga PKNS 0-0 di Selayang semalam. Sekurang-kurangnya jurang mata ATM dan PKNS tidaklah terlalu jauh.

Teruskan perjuangan, PANTANG UNDUR TETAP MARA.

10 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview Sime Darby Vs ATM | 11 Apr 2011

Std MBPJ, Petaling Jaya
Jam 2045
Isnin, 11 Apr 11

Setelah terbang jauh ke Malaysia Timur dan pulang dengan satu mata tempohari, Tentera bakal berkunjung ke stadium jiran terdekat di kawasan jajahan MBPJ apabila dijadualkan bertemu Sime Darby.

Berikut adalah rekod 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan:

08 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan Sarawak Vs ATM | 8 April 2011

Sarawak 1 - 1 ATM

ATM berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setelah diikat Sarawak 1-1 petang tadi. Biarpun ATM mendahului pada minit ke 54, namun itu tidak cukup untuk mereka pulang ke semenanjung dengan 3 mata apabila dinafikan oleh Sarawak dengan jaringan penyamaan pada minit ke 61.

Kedudukan 1-1 akhirnya berlarutan sehingga tamat perlawanan. Tahniah diucapkan walaupun gagal meraih 3 mata, sekurang-kurangnya dapat mengekal rekod tanpa dalam Liga Premier 2011 itu sudah memadai. Tahniah kepada Semua pemain dan PBAT!

07 April 2011

Penggempur Utama ATM | Yusaini Hafiz aka 'Lelo'

"Lelo berjersi Biru"

Aksi Penggempur Utama ATM Yusaini Hafiz atau nama panggilan Lelo.

06 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview Sarawak Vs ATM | 8 Apr 2011

Stadium Negeri, Kuching
8 Apr 11
Jam 1645

Pertembungan ini boleh diibaratkan sebagai pertarungan untuk merebut kedudukan kedua liga. Lebih malang jika tewas, mana-mana pasukan antara Sarawak atau ATM akan tersungkur di tempat ke 4.

Berikut adalah perbandingan prestasi terkini kedua-dua pasukan:

04 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan ATM Vs Harimau Muda B | 04 Apr 2011

Ternyata ATM memiliki sesuatu yang luar biasa untuk musim 2011. Buktinya, mereka berjaya menjinakkan Anak-anak Harimau didikan Ong Kim Swee petang tadi dengan jaringan 1-0.

Gol kemenangan disumbang sekali oleh Yusaini aka'Lelo' yang turut menjaringkan gol ketika ATM menang 2-1 di P.Pinang tempohari.

Biarpun tipis, ianya sudah cukup untuk Tentera memperoleh 3 mata dan terus mengasak PKNS di tangga teratas liga.

Tahniah kepada ATM. Tugas sukar bakal menanti di Kuching untuk perlawanan seterusnya menentang Sarawak 8 Apr 11 nanti.

03 April 2011

Liga Perdana 2011 | Preview ATM Vs Harimau Muda B

ATM V Harimau Muda B
Stdm MPS, Selayang
04 Apr 11


Jika dalam saingan Liga Super, Perak satu-satu tim yang masih mengekal rekod tanpa kalah. Namun begitu, tidak kurang hebatnya dalam saingan Liga Premier yang ATM dan PKNS turut mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 7 perlawanan.

Namun begitu, ATM bakal berdepan tugas berat apabila dijadualkan bertemu Anak-anak Harimau Malaya 4 April 2011 ini.

Untuk rekod, Harimau Muda B,hanya mengalami satu kali kalah, tiga kali menang dan tiga kali seri. Pertemuan ini dijangka sengit dikala kedua-dua pasukan sedang bersemangat untuk mencari kemenangan seterusnya.

Untuk kekal bersaing dalam liga, ATM harus memenangi perlawanan ini. Ini kerana Harimau Muda B dilihat sebagai pencabar paling bahaya dalam liga setakat ini. ATM perlu menyerap segala corak permainan pantas anak-anak muda Ong Kim Swee ini.

Justeru, Penyokong ATM sekitar Lembah Kelang dipersilakan untuk menggempur Stadium Selayang bagi menyemarakkan semangat perwira ATM.

"Pantang Undur Tetap Mara!!"

01 April 2011

Liga Perdana 2011 | Keputusan P.Pinang V ATM - 1 Apr 2011

ATM mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menang dengan jaringan 2 - 1 petang tadi. Gol adalah hasil jaringan 'Lelo' dan Jaganathan.

ATM bakal berdepan tugas sukar apabila mereka dijangka bertemu Harimau Muda B pada 4 Apr 2011 di Stadium MPS. Harimau Muda B yang kini mengekori rapat ATM ditempat ketiga. Bertembungan ini dijangka sengit untuk memperoleh peluang menghimpit PKNS yang kini menerajui carta Liga Perdana 2011.

Mampukah ATM mengekalkan rekod tanpa kalahnya? Sama-sama kita meriahkah Stadium MPS Selayang Isnin ini untuk memberikan sokongan padu kepada ATM.

'Once You Believe, then, "a thousands" you will'