28 November 2012

ATM Pulang Awal | Piala Emas Raja-Raja 2012

ATM ditunjukkan jalan keluar dari saingan ini apabila tewas semua perlawanan peringkat kumpulan. ATM yang dibarisi kebanyakannya pemain-pemain daripada TLDM gagal menyerlah dan menyaingi kehebatan Perak dan Juara 2011 iaitu Pahang.

Dalam aksi pertama, ATM tewas 3-0 kepada Perak dan meneruskan rentak sumbang dalam perlawanan kedua tewas 5-0 kepada Pahang.

Seperti tahun-tahun lalu, ATM akan menghantar pasukan yang dibarisi oleh anggota ATM sendiri samada TDM , TUDM atau TLDM untuk menyahut cabaran Piala Emas Raja-Raja. Untuk musim hadapan, ATM perlu lebih bersedia dan seharusnya menjadi ini sebagai medan menyediakan pelapis yang mantap untuk diserapkan ke dalam pasukan utama ATM.

22 November 2012

Jadual Kumpulan B Piala Emas Raja-Raja 2012

ATM bakal ke Kuantan untuk merebut kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 2012. Cabaran getir menanti apabila Pahang selaku juara bertahan diundi bersama ATM selain Juara Piala Presiden dan Piala Belia 2012 iaitu Perak. Pulau Pinang pula pada awalnya turut berada dalam kumpulan ini, namun telah menarik diri.

Semua Perlawanan berlangsung Jam 8.45 Malam Di Stadium Darul Makmur dan tiket berharga RM 5.00.

Berikut adalah jadual perlawanan Kumpulan B:

23 November 2012 - Pahang V Perak

24 November 2012 - Perak V ATM

25 November 2012 - Pahang V ATM

ATM FA | Cabaran Musim 2013

ATM bakal mengharungi musim baharu Liga Super 2013 dengan beberapa muka baru. Diberitakan, Shukor Adan pemain utiliti yang berpengalaman sedia mengerah kudratnya untuk memperkuatkan pasukan ATM disamping Penjaga Gol berpengalaman Jeevanathan yang sebelum ini cemerlang bersama Selangor dan USM FC.

Shukor Adan memiliki karektor sebagai pemain profasional dan juga berpengaruh dalam pasukan. Tidak mustahil kelak, Jurulatih ATM akan memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai Pasukan.

ATM perlu berkerja keras untuk musim hadapan yang dilihat bakal menyajikan saingan yang cukup mencabar.Pasukan-pasukan lain kini sedang giat memancing pemain-pemain import tempatan dan luar negara. Kehadiran Shukor Adan ke ATM pula dilihat tepat pada masanya ketika Kembar Aidil dan Zaquan beralih angin membawa cabaran Negeri di selatan tanah air yang dilihat giat mempersiapkan pasukan dalam usaha menaikkan kembali Johor sebagai sebuah pasukan yang hebat seperti di era 80 an 90 an.


Perjalanan masih jauh. Tidak kira siapa pemainnya, perjuangan perlu diteruskan.